Masri Abdul Wahab dan Keluarga
Pada 20 hb Disember 2014 solo ride menunggang Suzuki Hayabusa GSX1300R dari Kuantan ke Bangkok.
Dan sampai balik kuantan pada 29 Disember dengan jarak 3562km.
Budget duit rm1500. Minyak petrol mungkin habis rm550. Hotel budget rm350. Makan budget rm150.
Routes: Kuantan ke Batang Kali- Bukit Kayu Hitam- Haatyai - Phatthalung -Trang - Krabi - Ranong - Chumphon - Parachuap Khiri Khan - Phetchaburi - Samut Songkram - Samut Sakhon - Bangkok.
Gambar dengan pegawai kastam Thailand di Sadao Thailand
Mengisi minyak RON95 di Surat Thani, Thailand.
Sungai Ta Pei, Surat Thani
Sungai Ta Pei pada waktu malam
Restoren makanan halal di Sungai Ta Pei Surat Thani, Thailand.
Makan nasi goreng ala cina di Restoren Halal
Bersama warga Thai usahawan Amway di Thon Buri, Thailand
Di jalan bawah No Toll ke pusat bandar Bangkok
Bersama warga Thai usahawan website jesboks.com
Bersama warga Thai Muslim usahawan website jesbooks.com
Restoren Muslim di Prachuap Khiri Khan
Samut Sakhon
Pusat Bandar Samut Sakhon
Pasar Minggu Chatuchak, Bangkok
Hotel di tebing Sungai Chao Phraya
Sungai Chao Phraya
Ratchaburi...Thailand
Petchaburi, Thailand
CORAT CORET
Orang orang Thai samaada Muslim atau bukan Muslims mempunyai budaya menarik. Mereka orang yang bersopan dan menghormati orang orang luar. Mereka sepintas pandang kita lihat satu masyarakat yang beradab dan pemalu. Walaupon pada pandangan kita mereka tidak peramah tetapi apabila kita dekati dan bertanyakan sesuatu mereka jadi ramah dan cuba menolong walaupon ada sedikit masaalah bahasa komunikasi. Sebaik sahaja kita berkomunikasi dengan mereka keadaan jadi berubah dimana seolah olah kita sudah mengenali mereka sebelum ini. Kebanyakan orang orang Thai kelihatan tidak prajudis atau racis. Perkara ini berlaku bukan sahaja di kawasan kampung kampung malah di kawasan bandar besar pon mereka seperti itu. Berlainan dengan sikap rakyat Malaysia yang kita lihat hanya orang orang kawasan kampung sahaja yang peramah dan bersedia menolong tetapi bukan pada pada masyarakat kita yang berada di bandar terutama bandar besar seperti Kuala Lumpur. Tetapi...saya ingin memuji masyarakat India kita di Malaysia yang kebanyakannya mempunyai budaya seperti orang Thai yang mana akan cuba menolong dan sangat peramah terhadap orang orang lain yang yang memerlukan pertolongan. Saya penulis blog ini adalah orang Melayu bukan orang India..tetapi kita mesti beri pujian untuk orang orang India. Lagi pon Masyarakat India kita di Malaysia rata rata tidak racis dan prajudis pada orang orang lain. Jangan marah ...orang orang Melayu dan Cina ye..itu lah kenyataannya.
Pengalaman saya semasa di bandar Prachuap Khiri Khan pada suatu petang dimana saya berasa lapar dan cuba cari restoren atau gerai makanan halal tetapi gagal. Akhirnya saya buat keputusan bertanyakan tempat makanan halal ini kepada warga Thai bukan Islam. Warga Thai ini bersusah payah bertanyakan kawan kawannya tentang kedai makanan Islam halal. Malah beliau menalipon saudaranya bertanyakan hal ini dan akhirnya memberitahu lokasi kedai makanan itu.
Disebabkan masalah komunikasi saya tidak dapat memahami arahan lokasi itu warga Thai ini mengambil becanya dan ikut belakang menuju ke kedai halal itu yang agak jauh. Apabila sampai sahaja di kedai halal malangnya ianya sudah ditutup. Saya berasa kecewa dan saya lihat warga Thai ini juga nampak sedih. Dia menalipon lagi saudarnya mengenai kedai halal yang lain di Prachuap. Saya memberitahu beliau supaya tidak perlu bersusah kerana hari sudah malam dan saya fikir saya boleh makan makanan ringan sahaja di hotel. Walau bagaimana pon beliau meminta saya mengekori dia untuk pergi ke pasar malam tidak jauh dari situ. Apabila sampai di pasar malam itu saya ada terlihat satu gerai Muslim Thai menjual nasi minyak ayam goreng ala Thai. Saya beli sebungkus dengan harga Bath350 atau rm3.50. Setelah itu saya dan warga kembali ke pusat bandar Prachuap menuju ke hotel. Saya cuba memberi sedikit wang kepada warga Thai ini tetapi beliau menolak. Saya jadi hairan. Saya desak supaya dia ambil wang upahan itu tetapi dia masih menolak dan mengatakan "I want to help you only". SubhanAllah.
**************************************
Tips ride ke Thailand
1. Kesihatan yang baik dan minda yang bersedia untuk tujuan ride.
2. Pilih motorsikal yang sesuai dan lasak untuk perjalanan jauh. Motorsikal cc besar atau kecil tidak menjadi isu.
3. Mempunyai lesen Malaysia atau antarabangsa. Beli insurance untuk setiap negara luar yang kita masuki.
4. Selepas sahaja memasuki sempadan negara luar perhatikan cara pemanduan orang orang tempatan untuk keselamatan kita. Sepanjang lebuhraya AH2 Thailand ada lampu isyarat, pusingan U, simpang tiada lampu isyarat, landasan keretapi dan banyak lagi. Kemalangan sering berlaku dan mesti ride dengan hati hati.
5. Pastikan minyak petrol sentiasa pada paras yang sepatutnya.
6. Berhenti di tempat rehat yang disediakan seperti stesen minyak yang mempunyai kemudahan itu.
7. Jangan berlumba atau merempit dengan pemandu pemandu tempatan.
8. Jauhkan diri daripada mengambil gambar yang sensitif dan kalau hendak ambil juga tanya orang orang tempatan untuk kepastian.
9. Sebagai musaffir banyakkan bersabar dan berhemah apabila berkomunikasi dengan orang tempatan.
Mengapa saya ride solo?
1. Saya memang tiada masalah ride solo bersendirian tanpa teman.
2. Untuk satu perjalanan jauh yang ambil masa yang agak panjang biasanya agak sukar mencari kawan untuk ride motorsikal.
3. Saya ride "santai" tidak ride "endurance" ini bermakna saya tidak terikat dengan sebarang jadual perjalanan.
4. Saya ada sedikit pengetahuan untuk membaiki motorsikal sekiranya berlaku kerosakan.
5. Apabila bersendirian biasanya banyak perkara saya mesti berhati hati dalam perjalanan. Bertawakkal kepada Allah dan perbanyakkan bersabar.
6. Menilai diri sendiri sejauh mana keberanian kita dan tahap mental apabila keseorangan.
7. Ride kerana Allah supaya kita sentiasa menjaga hati dari kesombongan dalam dunia ini.
Mengapa ride solo dengan Suzuki Hayabusa?
1. Pada masa ini, saya hanya memiliki motorsikal ini sahaja.
2. Suzuki Busa agak lasak dan mempunyai kelajuan yang baik.
3. Busa agak tidak banyak masalah untuk dibaiki jika rosak.
4. Menolak tanggapan bahwa Busa hanya sesuai atas "lebuhraya" dan motorsikal untuk "sprint" sahaja.
5. Busa merupakan motorsikal berkualiti dan "boleh-percaya" untuk perjalanan jauh.
6. Menolak tanggapan bahwa hanya jenama motorsikal tertentu sahaja boleh "tour" dan "glamour" dalam permotoran perjalanan jauh.
7. Apa sahaja motorsikal yang kita ada samaada kecil atau besar, samaada jenama buatan Jepun atau Itali atau Jerman bukan lah isu atau ukuran untuk kita ride motorsikal ke negara negara luar.
===============================
PENGALAMAN MENUNGGANG BERSENDIRIAN ATAU "SOLO RIDE" SEBELUM INI
===============================
Mula mula saya menunggang bersendirian atau solo pada tahun 1981 dari Los Angeles ke San Diego di Amerika Syarikat dengan motorsikal cruiser Honda Shadow pergi dan balik pada hari yang sama.
Pengalaman penulis pada tahun 1982 menunggang bersendirian atau "solo ride" dari Los Angeles ke Fresno California di Amerika Syarikat dengan motorsikal Yamaha SR400
Pengalaman Penulis
Pada tahun 1983 - 1984 Trans California di Amerika Syarkat menunggang bersendirian motorsikal Honda CB750F dari Sacramento ke Fresno ke Los Angeles. Menunggang motorsikal Honda ini dalam musim sejuk dan bersalji si kiri kanan bukit dari Fresno ke Sacramento.
Pada tahun 1989 menunggang motorsikal Honda C70cc dari Balik Pulau, Pulau Pinang menuju Mentakab Pahang selama 10 jam melalui jalan lama Persekutuan (masa itu lebuhraya PLUS belum siap dibina lagi)
Pada tahun 1991 menunggang motorsikal jenis Yamaha RXZ 135cc dari Kuantan melalui Kota Bharu ke Narathiwat Thailand sehingga Haatyai juga di Selatan Thailand.
Pada tahun 2006 menunggang motorsikal Kawasaki Ninja ZXR750J mengelilingi semua negeri di Semenanjung Malaysia melalui program Jalur Gemilang 2006 dengan Dato' Sri Zahid Hamidi sebagai "chief de riders".
Pada tahun 2008 menunggang bersendirian atau solo dengan motorsikal Honda EX5 Dream dari Kuantan, Pahang menuju ke Putrajaya WP dan balik semula ke Kuantan pada hari yang sama.
Pada tahun 2010 menunggang bersendirian atau " solo ride" dengan motorsikal Yamaha YZF R1 dari Kuantan menuju ke Sungai Petani melalui Kuala Lumpur dan Lebuhraya PLUS dan kembali ke Kuantan pada hari yang sama.
Pada November 2014 menunggang bersendirian atau solo dengan Suzuki Hayabusa dari Kuantan, Pahang menuju Batang Kali, Selangor - Tapah - Ringlet - Sungai Koyan - Raub - Lancang dan balik semula ke Kuantan.
6 Comments:
wahh bestnya. part yg paling best tu dpt ride solo dlm keadaan salji kat US. Fuhh, imah nk g jugakk
Berdoa pada Allah..insyAllah akan dimakbulkan...Amiin.
Perghhh hayabusa plak... my dream bike...
r1 dh jual ke?
Perghhh hayabusa plak... my dream bike...
r1 dh jual ke?
R1 dah jual. Sekarang ni masih menunggang suzuki hayabusa
Assalam bro...saja nak tanya...ni Masri 6g belajar kat CSU Fresno dulu ker...SUHAIRI
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home